Kisah bermula setelah aku melanjutkan pelajaranku ke peringkat lebih tinggi selepas menduduki SPM dan maklumla di mana keputusan SPM ku bukan la satu keputusan yang boleh di banggakan lebih-lebih lagi ahli keluargaku kerana aku bukan daripada pelajar yang pandai mahupun bijak.Tetapi disebabkan desakan keluarga yang mahukan aku mendapat pendidikan yang lebih tinggi,aku turuti semuanya walaupun bukan atas kemahuanku.
Berkat daripada doa ibu dan bapaku yang mahukan anaknya berjaya,aku memperolehi keputusan yang boleh juga untuk dibanggakan kelak.Walaupun pada mulanya aku bukan seorang kaki belajar tetapi aku cuba untuk berubah demi harapan tinggi keluarga di kedua-dua bahuku.Aku tidak lagi menjadi pelajar yang suka berfoya-foya walaupun jauh disudut hatiku mahu keluar berlibur setiap hari.Disebabkan terkenang ibu bapaku di kampung,aku tekad untuk memberikan mereka segulung ijazah lantas mengubah hidup mereka dari kemiskinan yang menjadi juadah mereka sejak dahulu.
Di tengah kesibukkan belajar,aku telah dipertemukan dengan ramai perempuan yang cantik dan sedap mata memandang.Pada masa yang sama,ramai juga teman-temanku yang lain mencemburui kelebihan yang aku peroleh.Tetapi tetap merendah diri dan mengamalkan sikap pemalu dalam diriku kerana aku sentiasa sedar bahawa aku bukan sempurna dan masih banyak kelemahan berbanding orang lain.Dari ramai-ramai perempuan yang aku kenali, terdapat 4 orang yang paling rapat denganku tetapi bukan dalam waktu yang sama.Keempat-empat mereka amat baik terhadapku.Daripada layanan yang mereka berikan,aku sedar bahawa mereka mahukan sesuatu yang lebih daripada hubungan seorang kawan.Oleh kerana diriku yang belum bersedia untuk sesuatu yang seperti itu,aku lebih suka mendiamkan diri daripada berkata apa-apa.Ini kerana bukan aku ingin memainkan hati dan perasaan mereka, tetapi aku tidak mahu melukakan mahupun membuat mereka sedih kerana sikap aku itu.
Perempuan pertama aku namakan dia "A".Seperti biasa,A ini aku telah kenali sejak dari sekolah menengah lagi dan dia merupakan seorang yang digilai ramai pria di sekolahku. Tetapi entah kenapa aku yang menjadi pilihan hatinya,mungkin kerana aku bersikap sopan, sentiasa mengambil berat dan berkelakuan baik terhadap dia.Pada hari dia melafazkan kata-kata cinta terhadapku, aku berkelakuan seperti biasa,seperti tiada apa-apa yang berlaku.Ini kerana aku belum bersedia untuk sesuatu seperti itu.Sejak dari hari itu,A pergi membawa diri tanpa khabar berita.Puas sudah aku cuba untuk mengetahui perkembangan dia tetapi apakan daya,rasa bersalah tetap menebal kerana perbuatanku itu.Salahkah aku kerana tidak membalas cinta si A...??Anda sahaja yang boleh menilai dengan sebaik-baiknya......
Selepas peristiwa dengan A itu,aku mula menjauhkan diri dari semua perempuan kerana aku takut pisang berbuah dua kali.Tetapi apakan daya,aku seorang lelaki tidak akan pernah terlepas dari perempuan.Oleh kerana sikapku yang pemalu dengan perempuan,aku hanya berani meminati perempuan dari jauh sahaja. Walaupun aku lebih memberikan tumpuan kepada pelajaranku saat itu,aku telah dipertemukan dengan "B" di sebuah pusat pengajian yang aku duduki dimana B merupakan seorang pelajar yang berlainan pegajian denganku. Hubungan kami pada mulanya hanya sekadar kawan biasa sahaja kerana masing-masing ingin memberikan tumpuan lebih kepada pelajaran.Setelah hampir setahun berkenalan,kami telah memutuskan untuk manjadikan hubungan kami lebih serius.Tetapi disebabkan jarak jauh yang memisahkan kami, meyebabkan hubungan kami sentiasa tegang.Aku telah beberapa kali mencuba untuk memutuskan hubungan kami tetapi B akan selalu berusaha untuk membaik pulih hubungan kami.Oleh kerana kasihankan B dan tidak mahu peristiwa lama berulang kembali,aku tidak sampai hati untuk berbuat sedemikian rupa.Aku tetap meneruskan hubungan kami walaupun perasaan cinta terhadap B semakin pudar.Hari demi hari aku berpura-pura untuk menceriakan hidup B kerana aku tahu dia telah banyak melalui detik-detik sukar sebelum ini berbanding aku.Setiap kali aku ingin berterus-terang dengan B akan perkara yang sebenarnya,aku seakan-akan tidak sampai hati kerana layanan B terhadap aku sangat baik walaupun ada seketika aku memarahi B tanpa sebab.Ya ALLAH,berikanlah aku kekuatan sekiranya B ini adalah jodohku,kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerima B seikhlas-ikhlasnya,bukan kasihan yang menimpa dirinya kerana aku tidak sanggup untuk membohongi diriku sendiri.Maafkan diriku B..
Setelah itu,aku melanjutkan pejaranku ke peringkat yang lebih tinggi.Aku berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik.Disana,aku telah digelar sombong kerana sikapku yang tidak peramah dengan kebanyakkan pelajar yang lain tetapi itu semua tidak menjadi keutamaanku. Aku sekali lagi telah dipertemukan dengan seorang perempuan yang tua 3 tahun dari aku.Mungkin disebabkan sikapku yang tidak seliar rakan-rakanku yang lain,aku telah berjaya menarik minat si "C" ini.Kebiasaannya aku dapat berjumpa dengan C kerana berkaitan dengan tugasan-tugasan kumpulan dan selalunya aku banyak mendiamkan diri dari yang lain,bukan bermakna aku diam tanpa melakukan tugasan aku!Selalunya selepas kerja berkumpulan,C akan mengajak aku untuk menemankan dia makan malam.Semakin kerap keluar bersama.aku dapat merasakan perasaan C terhadap aku mulai berubah.Pada waktu yang sama,aku tahu C sudahpun mempunyai teman lelaki ketika itu tetapi hubungan mereka dingin atas sebab tertentu.Aku lah yang menjadi telinga,teman untuk C meluahkan ketidakpuashatiannya terhadap teman lelakinya itu.Sebagai seorang rakan dan juga pendengar yang baik,aku hanya boleh memberikan nasihat kepada C untuk menjaga hubungan yang mereka telah dirikan selama 2 tahun lamanya.Tetapi,niat baik aku telah disalah ertikan oleh teman lelaki C yang beranggapan kehadiran aku hanya untuk memecahbelahkan hubungan mereka.Setelah kejadian itu,aku cuba menjauhkan diri dari C demi kebaikkan mereka.Selang beberapa minggu kemudian,aku dimaklumkan C bahawa mereka telah berpisah dan teman lelaki C sudahpun mempunyai pengganti yang baru.Aku hanya boleh memberikan perangsang agar C lebih tabah mejalani kehidupan selepas ini.Tetapi,cerita C tidak berakhir di situ sahaja kerana C sudahpun mulai menyukai aku.Aku telah pun berterus-terang dengan C kerana aku tidak lagi bersedia untuk perkara itu dan C tidak pun mempedulikan itu semua kerana dia sanggup menunggu aku.Sekali lagi aku telah membuat perempuan menangis disebabkan aku.Salahkah aku memberikan layanan yang baik terhadap temanku sendiri...??
Seterusnya,aku sekali lagi telah dipertemukan dengan seorang permpuan yang cantik paras rupanya yang aku namakannya "D" tetapi berlainan pusat pengajian denganku.Pada mulanya aku hanya meminati rakan kepada D ini tetapi dengan kuasa ALLAH,aku berkenalan dengan si D.Kisah antara aku dengan D hampir serupa dengan C kerana pada mulanya aku hanya menjadi teman mendengar akan permasalahan si D dengan teman lelakinya.Hari demi hari aku mulai jatuh cinta dengan si D ini walaupun perkenalan kami hanyalah kebetulan.Perasan aku terhadap D amat berlainan dengan mana-mana perempuan yang telah aku kenali sebelum ini atau mungkin hanya kerana paras rupanya sahaja.Oleh kerana D baru sahaja berpisah dengan teman lelakinya,D amat sukar untuk menerima seseorang untuk hubungan yang lebih serius lagi-lagi seperti aku yang baru sahaja berkenal tetapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk mencuba mencuri hati si D ini.Setelah lama perkenalan,baru aku tahu yang D memang tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya itu biarpun pernah D melafazkan kata-kata cinta terhadapku.Aku yang tidak dapat menahan rasa kecewa terus menghilangkan diri dari pandangan D.Mungkin bukan jodohku bersama D biarpun setiap perkembangannya aku ketahui dan sekarang dia telah bahagia bersama seseorang baru yang menjadi pilihan hatinya.Aku hanya mendoakan D dan pilihan hatinya bahagia sehingga ke ahkir hayat.
Kesemua perempuan yang aku kisahkan di atas masih lagi saling berhubung antara satu sama lain.Di harapkan kisah aku ni menjadi ikhtibar kepada setiap lelaki mahupun perempuan:)
p/s:cerita nie aku amek dari blog someone..best sangat!!!(boring-boring da xde keje)
dear sabri, jgn pnah silap. sumtime niat baek kite blh mnjadi semua pnca mslh.. hargai org yg hargai kite,. jgn carik org yg lbey baek, lbey cantik dr yg kite ada. andai kite ikhlas, wlau pun gf kite xcntik, tp dgn ikhlasnya cnta, die lah sbnrnya yg terbaek, tcantik, semua die. pcya la. hidup ade karma. jgn bt org cdey sbb kite. sbb kite akn sdey utk org yg kite suka. lbih baek dsygi drpd mnyangi. cari lah org yg iklas, jjur, hargai adenya kite...
ReplyDeletekongsi mslh dgn prmpuan akn bt kan kite jtoh hati dgn die. pcyalah, walaupun kite teda niat.. mak aku pna ckp dgn aku, org yg da kawen un, kalo ade probs fmly, crta dgn laki org laen, mmg akan wjud prsaan. sbb kite sgka kan yg die uh bole dgr mslh kite. die uh baek.. cyesly, itu akn wat hbgan ko sndri rengang.
ReplyDeletebaek alia..tp citer kt ats ni bkn psl aku taw..harap maklum..let by gone be by gone..kalo ade jodoh,adela..biarlah mase yg tentukan ea..
ReplyDeleteinsyaallah..
ReplyDelete